Events Calendar

LPPKN - Program Advokasi Kafeteen @ PEDi
Saturday, July 15, 2023, 10:00am - 12:00pm
Hits : 4
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Selangor, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) dengan Kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Program Advokasi@PEDI Taman Saujana Utama.
Objektif utama:
- Menyebar luas Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) kepada remaja
- Melaksanakan program KafeTEEN serta mempromosikan Kempen #ambiltahubagitahu
- Mempromosikan dan meningkatkan capaian kepada Aplikasi myKafeTEEN
Oleh itu, kami pihak PEDi Saujana Utama, ingin menjemput adik-adik berumur 10 tahun dan keatas untuk datang ke PEDi bagi memeriahkan lagi program ini.