Berkeluasan lebih kurang 1000 ekar tanah, Bandar Saujana Utama dahulu adalah kawasan kelapa sawit. Kini semenjak dimulakan pembanggunan pada 1988 ia mula diduduki hampir 56,000 penduduk dengan anggaran 14,000 kediaman. Bandar Saujana Utama terbahagi kepada beberapa fasa iaitu Saujana Utama 1 (SU1), Saujana Utama 2 (SU2), Saujana Utama 3 (SU3), Sungai Buloh Country Resort (SBCR), Bukit Saujana, Saujana Utama fasa 4 (SU4), Taman Sri Pristana dan Taman Seri Alam. 

 

Bandar Saujana Utama mula dibangunkan oleh Glomac Berhad dan di bawah tanggungjawab Majlis Daerah Kuala Selangor. Ia terletak berhampiran dengan Sungai Buloh dan bandar terdekat ialah Bandar Puncak Alam.

 

Gambar sumber www.google.com/maps

 

Sumber dari:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Saujana_Utama

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/kedai-harga-patut-bantu-rakyat-1.528803