Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 7 September 2019 : 9.00 Pagi - 1.00 Petang : Pusat Internet Saujana Utama : 10 orang |
Tujuan
Untuk pelajar belajar matapelajaran yang diajar di sekolah iaitu salah satunya Matematik dengan menggunakan komputer dan internet sekali gus dapat membiasakan pelajar dengan penggunaan komputer.
Aktiviti
Pelajar membuat latihan Matematik menggunakan komputer sambil bersaing dengan pelajar yang hadir untuk mendapatkan jawapan yang etul dan markah yang paling tinggi. Selain itu taklimat dan video Klik Dengan Bijak turut ditayangkan kepada pelajar untuk memberi kesedara kepada mreka tentang kepentingan Klik Dengan Bijak.
Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 24 Ogos 2019 : 9.00 Pagi - 1.00 Petang : Pusat Internet Saujana Utama : 8 orang |
Tujuan
Memberi peluang kepada pengunjung untuk mengetahui cara menjadi usahawan dengan menjual barang menggunakan platform 'Shopee'
Aktiviti
Tenaga pengajar yang hadir memberi taklimat tentang pengenalan 'Shopee', cara mendaftar 'Shopee', cara menjual produk di 'Shopee', kelebihan menjual produk di 'Shopee' dan memberi kesimpulan keseluruhan pembelajaran yang telah diajarkan.
Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 3 Ogos 2019 : 9.00 Pagi - 1.00 Petang : Pusat Internet Saujana Utama : 7 orang |
Tujuan
Memberi pembelajaran asas untuk melahirkan pelajar yang celik IT dan serba serbi tahu mengenai komputer dan juga penggunaan Microsoft Word yang banyak selain daripada menaip surat formal.
Aktiviti
Pelajar diberi pengajaran tentang asas komputer seperti cara menggunakan tetikus dan bagaimana untuk menaip di papan kekunci kemudian baru di ajar cara-cara menggunakan Microsoft Word yang kini diguna pakai oleh semua orang tidak kira umur. Pelajar di beri pengajaran secara praktikal supaya boleh alami sendiri penggunaan Microsot Word tersebut.
Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 10 Ogos 2019 : 9.00 Pagi - 1.00 Petang : Pusat Internet Saujana Utama : 8 orang |
Tujuan
Untuk memberi pelajar pra-sekolah rendah membiasakan diri dengan penggunaan komputer. 'Belajar Sambil Bermain' membuatkan pelajar tidak jemu untuk sentiasa belajar.
Aktiviti
Para pelajar diberi pelajaran tentang penggunaan komputer yang asas. Kemudian pelajar diajar pelajaran 'E-Learning' dengan belajar Matematik dan juga Bahasa Inggeris di dalam internet. Selesai pelajaran tersebut para pelajar perlu membuka laman web quizizz.com untuk menjawab soalan berkaitan komputer. Soalan kuiz yang diberikan menarik pada mereka kerana cara kuiz diberikan, jawapan kuiz yang diberikan dan juga terdapat 'ranking' untuk para pelajar. Selain itu, para pelajar juga diberikan taklimat berkaitan E-Waste dan juga Klik Dengan Bijak.
Tarikh Masa Lokasi Pengunjung |
: 13 Julai 2019 : 2.00 Petang - 5.30 Tengahari : Pusat Internet Saujana Utama : 10 orang |
Tujuan
Memberi pembelajaran asas untuk melahirkan pelajar yang celik IT dan serba serbi tahu mengenai komputer dan juga penggunaan Google yang meluas selain untuk pencarian maklumat.
Aktiviti
Pelajar diberi pengajaran tentang kegunaan Google yang sebenar dan juga kegunaannya yang lain seperti digunakan untuk menyimpan file di Google Drive, menyusun jadual harian di Calendar Google dan juga yang lain-lainnya. Pelajar di beri pengajaran secara praktikal supaya boleh alami sendiri penggunaannya yang pelbagai.