Nama : Adnan Bin Endut

Lokasi : Pusat Intenet Taman Saujana Utama

Umur: 54 tahun

Pekerjaan: Usahawan

Taraf Pendidikan: Sekolah Menengah

 

Encik Adnan merupakan usahawan yang sepenuh masa menjual satay. Terdapat 3 jenis tempahan satay yang disediakan dalam perniagaan satay Encik Adnan iaitu:- Satay yang dijual di restoran beliau pada waktu malam yang dibakar dan siap dimakan Satay yang ditempah untuk kenduri atau majlis Satay sejuk beku yang hanya perlu di masukkan ke dalam microwave untuk dipanaskan dan siap untuk dimakan

 

1. Apakah pandangan pertama anda terhadap PI?

Sebuah tempat yang menyediakan pelbagai kelas untuk membantu usahawan tempatan

 

2. Apakah tarikan utama anda untuk datang dan menggunakan kemudahan di PI?

Tarikan utama di sini adalah selain daripada kemudahan yang pelbagai, saya juga turut dibantu oleh petugas disini jika saya memerlukan bantuan dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan penggunaan internet.

 

3.Bagaimanakah cara PI dapat membantu bagi mencapai kejayaan individu/kumpulan lain?

Pusat Internet dapat membantu dengan mengadakan lebih banyak kelas keusahawanan untuk penduduk-penduduk tempatan.