BELAJAR MENAIP DAN MENCETAK

Nama

: Zara Auliya Bt Nazri

Umur : 10 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Adik Zara adalah pengunjung yang selalu menghadiri kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet merupakan anak sulung dari 3 adik beradik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan kelas ICT di Pusat Internet, kemahiran beliau dalam penggunaan komputer adalah kurang serta beberapa aplikasi komputer juga tidak mahir. Kebiasaannya beliau akan meminta tolong daripada ibunya untuk membantunya dalam menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Saujana Utama, beliau kini mahir dalam menggunakan komputer dan juga beberapa aplikasi komputer yang lainnya. Beliau juga boleh menyiapkan tugasan sekolah dengan pertolongan yang minima tidak seperti yang sebelumnya serta mahir menggunakan ‘search engine’ dalam pencarian bahan bagi tujuan pendidikan.