BELAJAR MENAIP DAN MENCETAK

Nama

: Aryan Iqbal Soon

Umur : 9 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar darjah 2 di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam yang merupakan anak sulung daripada 2 adik-beradik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai pelajar darjah 2 yang baru ingin mengenal dunia teknologi, beliau mempunyai kemahiran yang kurang dan minimum dalam penggunaan computer. Kesan daripada kemahiran yang tidak mahir ialah beliau kurang mengenal aplikasi di dalam komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aktif dalam menghadiri kelas yang dianjurkan oleh Pusat Inernet Taman Saujana Utama banyak membantu beliau dalam menjadi lebih mahir menggunakan peralatan komputer dan juga aplikasi komputer. Beliau juga sering mengikuti ayah beliau datang ke Pusat Internet Taman Saujana Utama dan menggunakan komputer sekaligus memahirkan lagi kemahiran penggunaan komputer beliau. Hanya pertolongan yang minima diperlukan berbanding sebelumnya apabila beliau ingin menggunakan komputer.