Nama : Farah Khalida Binti Khalid 

Lokasi :Pusat Intenet Taman Saujana Utama

Umur: 21 tahun 

Pekerjaan: Usahawan

Taraf Pendidikan: Sekolah Menengah 

Cik Farah Khalidah merupakan usahawan muda sepenuh masa menjalankan aktiviti perniagaan pengurusan majlis dan acara yang dijalankan ialah kumpulan marhaban, nasyid, artis tempatan, badut, silap mata dll khusus untuk majlis perkahwinan, cukur jambul, berendoi,bertahnik .Yahanana Event Management merupakan nama perniagaan beliau.

 

1. Apakah pandangan pertama anda terhadap PI?

Pandangan pertama saya PI ialah cyber café dan hanya untuk melayari internet dan kemudahan perkhidmatan yang biasa.

 

2. Apakah tarikan utama anda untuk datang dan menggunakan kemudahan di PI?

Kelas keusahawanan dan ICT yang ada membuatkan saya tertarik untuk menjadi ahli PI.

 

3.Bagaimanakah cara PI dapat membantu bagi mencapai kejayaan individu/kumpulan lain?

Pada pendapat saya, PI hendaklah menggunakan pendekatan seperti kerjasama dengan agensi lain contohnya dengan MDEC seperti yang dilakukan sekarang ini. Ini membuka peluang kepada individu / kumpulan lain mencapai kejayaan