Nama : Ahmad Hazizul Bin Abu Bakar

Lokasi :Pusat Intenet Taman Saujana Utama

Umur: 37 tahun

Pekerjaan: Usahawan

Taraf Pendidikan: Sekolah Menengah

 

Encik Ahmad Hazizul merupakan seorang usahawan muda sepenuh masa yang menjalankan aktiviti perniagaan makanan secara penghantaran (COD). Perniagaan makanan yang diusahakan ialah menghasilkan Roti Arbak Gril Generasi Baru dan dikenali sebagai ROTI STATION.

 

1. Apakah pandangan pertama anda terhadap PI?

 Pandangan pertama saya PI1M ialah pada mulanya saya memang tidak tahu tentang kewujudan PI. Saya juga tidak tahu berkenaan fungsi dan perkhidmatan yang ada di PI.

 

2. Apakah tarikan utama anda untuk datang dan menggunakan kemudahan di PI?

Kelas keusahawan dan ICT serta program yang melibatkan bakal usahawan , usahawan dan komuniti.

 

3.Bagaimanakah cara PI dapat membantu bagi mencapai kejayaan individu/kumpulan lain?

 Pada pendapat saya, PI hendaklah meluaskan dan mengembangkan  fungsi dan perkhidmatan yang sedang ada.