Elmina Central Park

Taman Elmina Valley (Taman Tasik Elmina) yang merupakan sebuah kawasan rekreasi terbaharu yang mempunyai jambatan LED unik . Jambatan Icon Elmina (Elmina Iconic Bridge) pula merupakan sebuah struktur yang gah dan sesuai untuk dijadikan latar gambar. Jambatan Elmina yang berwarna merah ini seakan Fushimi Inari Taisha, salah satu ikonik pelancongan popular di Kyoto, Jepun.

Bukan hanya satu, tetapi di Elmina sebenarnya terdapat 2 jambatan yang wajib korang lawati dan bergambar.

Elmina Rainbow Bridge

Dari Jambatan Elmina korang perlu berjalan sekitar 15 minit untuk menemui satu lagi ikonik menarik iaitu Jambatan Elmina Pelangi. Keindahan 7 warna-warni pelangi yang menghiasi jambatan itu membuatkan latar belakang gambar korang confirm awesome dan menarik!

Selain ber-OOTD di sini, Elmina juga boleh korang jadikan sebagai lokasi riadah bersama keluarga dan rakan-rakan setiap kali hujung minggu.

Selain pelbagai kemudahan sukan, mereka juga mempunyai trek larian yang dikeliingi pepohon yang menghijau. Pengunjung taman juga dapat menikmati kemudahan aktiviti berbasikal dan kasut roda.

Selain itu, yang paling best kalau korang ke sini pada waktu senja jangan lupa untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di tasik berdekatan.