Secara rasminya Pusat Internet Taman Saujana Utama telah ditubuhkan pada awal Januari 2016. Ianya mula beroperasi pada 12 April 2016 setelah mendapat kelulusan daripada MCMC dan TM. Pusat Internet 1Malaysia Taman Saujana Utama terletak di daerah Kuala Selangor dibawah satu kluster Pusat Internet 1Malaysia Kuala Selangor bersama

          • Pusat Internet  Kg Sg.Sireh
          • Pusat Internet  Bestari Jaya 
          • Pusat Internet  Bukit Cerakah dan
          • Pusat Internet  Jeram.

 

     Pusat Internet Taman Saujana Utama beroperasi dibawah seliaan Fasa Clawback 2014. Terdapat dua orang petugas terdiri dari Pengurus dan Penolong Pengurus. Latihan dan Kursus anjuran MSD , TM dan MCMC diberikan dari semasa ke semasa kepada petugas. 

Pada 21 November 2021, Pelancaran Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob bertempat di Bandar Bera, Pahang. Kini, Pusat Internet Taman Saujana Utama dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi).

Ekonomi digital merupakan instrumen penting untuk negara menuju ke arah usaha pemulihan dan menjamin ketahanan masa depan ekonomi Malaysia. PEDi merupakan pusat yang dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan serta pelbagai program keusahawanan yang diperlukan oleh komuniti setempat agar mesra terhadap ekonomi digital.

 

Bagi mencapai hasrat tersebut, sebanyak 1,083 PEDi di seluruh negara akan dipertingkat dan dipergiatkan untuk melahirkan serta memperkasa usahawan kecil ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing, terutamanya masyarakat luar bandar.

 

Kerajaan yakin usaha ini bukan sahaja akan merapatkan jurang digital tetapi juga akan mencetuskan inovasi digital. Ini juga selari dengan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi yang didorong oleh digital dan pemimpin serantau dalam ekonomi digital.

 

 

 

20161226 121729-1