Nama

Lokasi

Umur

Pekerjaan

Taraf Pendidikan

:

:

:

:

:

Nur Adibah Afiqah Binti Mohd Hasri

Pusat Intenet Taman Saujana Utama

26 tahun

Usahawan

Diploma

 

Latar Belakang

Bermulanya titik permulaan perniagaan beliau adalah apabila kek buatan beliau mendapat pujian daripada tetamu yang menghadiri ke rumah terbukanya dan kemudiannya kek beliau mula mendapat tempahan dari saudara, jiran terdekat dan rakan-rakannya. Setelah itu beliau mula 'melangkah setapak' dengan mula memperkenalkan jenama Dvsweet kepada orang ramai dengan menyewa tapak gerai di festival-festival yang di adakan di kampus dan beberapa tempat yang lain. Kini beliau mula menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap perniagaannya dengan mengambil tempahan secara atas talian dan turut membuat penghantaran.

 

Sebelum Penggunaan/Penglibatan ICT

Sebelum penggunaan ICT, iaitu tanpa penggunaan sebaran media sosial pendapatan beliau hanya sekitar RM200-300 sahaja sebulan yang hanya mampu mengembalikan nilai modal sahaja. Jumlah tempahan yang diambil dalam sebulan hanya 20 ke 30 tempahan sahaja.

 

Selepas Penggunaan/Penglibatan ICT

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oelh Pusat Internet 1Malaysia Taman Saujana Utama, beliau kini lebih mengetahui tentang penggunaan lebih dalam Facebook dan Instagram. Pelanggan beliau kini tidak hanya tertumpu pada yang terdekat dan yang dikenali sahaja malah lebih ramai yang mengetahui mengenai perniagaan beliau. Momentum daripada penggunaan media sosial dan bantuan ICT, pendapatan bulanan beliau kini mencecah hampir RM600 ke RM800 sebulan.