USAHAWAN KECIL MOBILE SPA

Nama : Ernawati Mohtar
Umur : 36 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Beliau pada mulanya berkerja makan gaji dan berhenti berkerja untuk menjaga orang tuanya dan anak-anaknya. Tidak lama kemudian beliau mula mengambil upah menjadi jurumekap pengantin kenalan terdekat dan upah servis urutan dari rakan dan jiran tetangga. Kemudian beliau memperluaskan servis yang sedia ada dengan menawarkan servis urutan pantang dan bertungku. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Ernawati menjalankan perniagaan servis Mobile Spa beliau tanpa penggunaan sebarang media sosial untuk mempromosikan servisnya kerana tidak tahu cara yang betul melakukannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari servis beliau hanya diketahui oleh rakan dan jiran terdekat, beliau mula mencari cara untuk memperluaskan kitaran pelanggan dan terjumpa iklan Bengkel Keusahawanan yang dikendalikan oleh MDeC dan terus menyertainya.

Kini beliau lebih dikenali oleh masyarakat setempat dan pendapatan beliau juga turut meningkat 6 kali ganda dari sebelumnya. Selain itu juga beliau turut menyertai kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet Saujana Utama dan menggalakkan anak beliau untuk belajar dengan tenaga pengajar di Pusat Internet ini.