USAHAWAN KECIL FARAH DECORATION

Nama : Farahnini Binti Khazari
Umur : 40 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Pada mulanya perniagaan Puan Farah ini dijalankan sejak tahun 2002 secara sambilan memandangkan beliau mempunyai kerja tetap yang lain. Tetapi bermula dari tahun 2012 beliau mengambil keputusan untuk bergiat aktif dan membuat perniagaan ini secara sepenuh masa memandangkan semakin banyak tempahan yang diperolehi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar Rm3000 sahaja sebulan. Ini bergantung kepada musim perayaan yang mana mempunyai lebih banyak tempahan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas yang dianjurkan seperti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Saujana Utama, beliau kini telah memiliki laman media social sendiri seperti Facebook dan Instagram yang dapat mempromosikan perkhidmatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM5000-Rm7000 sebulan.