USAHAWAN KECIL SHARA HANGER

Nama : Aishah Binti Zulkifli
Umur : 38 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Aishah merupakan lepasan kolej komuniti yang mengambil kursus jahitan. Menjadikan ilmu jahitan yang diperolehi sebagai mata pencarian kini semakin mahir dalam selok belok perniagaan. Beliau yang mengutamakan kualiti dari kuantiti dan juga keselesaan pakaian pelanggan selalu berhati-hati dalam mengambil tempahan baju dari pelanggan supaya tidak melebihi masa yang ditetapkan pelanggan untuk baju siap. Mulai dari 2017, beliau mula mengadakan kelas menjahit dan bayaran yuran yang dikenakan adalah berdasarkan jenis baju yang dipelajari.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah dalam anggaran 5 hingga 10 orang

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas yang dianjurkan seperti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Saujana Utama, beliau kini telah memiliki Facebook dan Instagram sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1500.