USAHAWAN KECIL CATERING

Nama : Syahida Hanim Zawawi
Umur : 43 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Pada mulanya perniagaan Puan Syahida ini dijalankan sejak tahun 2010 secara sambilan dengan bermula menjual pelbagai jenis pilihan lauk-pauk pada bulan puasa di bazar Ramadhan. Mendapat sambutan dengan jualan setiap kali berniaga, Puan Syahida mula mencari tapak kedai untuk beliau memulakan perniagaan secara serius dan lebih besar lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar Rm1000 sahaja sebulan. Ini bergantung kepada musim perayaan dan musim kenduri.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas yang dianjurkan seperti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Saujana Utama, beliau banyak mempelajari perkara asas yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000-Rm5000 sebulan.