Usahawan sepenuh masa yang menjual Kek Lapis Aiskrim Viral

Nama : Siti Farhanah Bt Yahya
Umur : 38 Tahun
Ahli : Mac 2017
No Tel : 012-3565692
Facebook

: https://www.facebook.com/keklapisbywaiHQ/

 

Latar belakang

Puan Siti Farhanah telah menjalankan perniagaan kek lapis viral ini secara dropship dan telah menjadi agen kepada kenalannya yang berada di Johor. Melalui perniagaan ini, Puan Siti Farhanah telah menjual kek lapis ini secara online dan offline menerusi facebook dan whatsapp ke group-group komuniti di sekitar Sungai Buloh. Kek lapis ini telah mendapat sambutan yang baik oleh penggemar kek di sekitar Sungai Buloh seterusnya beliau dikenali dikalangan komuniti setempat. Walaupun beliau kurang aktif memasarkan produk kek lapis ini di facebook, beliau sering mendapat jualan setiap hari oleh kerana produk kek lapis ini telah viral ke segenap komuniti. Puan Siti Farhanah tidak mengah untuk menghantar kek lapis setiap kali ada tempahan melalui whatsapp.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas ICT, belajar cara mempromosikan produk, pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000-RM2000 sebulan.