Terkenal dengan Kelip-kelip dan hanya terdapat dua tempat di dunia ini yang menjadi tempat hinggapannya ialah Kampung Kuantan. Ramai yang datang untuk melihat sendiri keajaiban Kelip-kelip ini termasuk pelancong dari serata dunia.

 

36288563 10156472896306369 5445944773854625792 n

 

"Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Specis jenis 'Pteroptyx tener' adalah sepsis yang terbanyak sekali terdapat di Kampung Kuantan. Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya. Yang menjadikan Kelip-kelip ini lebih unik lagi ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat. Dalam ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya. Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat Kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan.

Pokok Berembang atau 'Sonneratia Caseolaris' adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor. Ia memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya. Pokok berembang penting kepada Kelip-kelip sebagai sumber makanan. Selain daripada itu, pokok Berembang juga penting sebagai habitat serta bertindak sebagai penapis kotoran dan racun dan mengeluarkan air bersih untuk hidupan yang terdapat di dalam sungai."

- sumber http://www.mdks.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/kelip-kelip-kg-kuantan

 

 

Jauh dari bandar dengan terletak 56 km dari Kuala Lumpur dan 9 km dari Kuala Selangor ialah Kampung Kuantan. Perkampungan kecil ini sesuai untuk orang bandar yang memerlukan masa untuk berehat dari kesibukan kota.

Mengagumi keindahan cahaya Kelip-kelip pada waktu malam dan pada waktu siang terdapat banyak tempat menarik yang berhampiran yang boleh dikunjungi.

Sumber dari : 

https://www.facebook.com/pg/FireflyParkResort/about/?ref=page_internal 

http://www.mdks.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/kelip-kelip-kg-kuantan