Nama : Zurida Binti Junoh

Lokasi :Pusat Intenet  Taman Saujana Utama

Umur: 50 tahun 

Pekerjaan: Usahawan

Taraf Pendidikan: Sekolah Menengah 

Puan Zuraida merupakan usahawan jeruk buah-buahan sepenuh masa. Jeruk buah yang dijual adalah jeruk yang dihasilkannya sendiri di rumahnya . Jeruk Leleh merupakan nama perniagaan beliau.

 

1. Apakah pandangan pertama anda terhadap PI?

Pandangan pertama saya PI ialah saya menjangkakan Pusat Internet ini hanya tempat untuk melayari nternet sahaja seperti cyber cafe yang lain.

 

2. Apakah tarikan utama anda untuk datang dan menggunakan kemudahan di PI?

Kelas keusahawanan dan kelas ICT yang disediakan membuatkan saya tertarik untuk menjadi ahli PI.

 

3.Bagaimanakah cara PI dapat membantu bagi mencapai kejayaan individu/kumpulan lain?

Pada pendapat saya, PI hendaklah meluaskan lagi perkhidmatan yang ada. 

 

  

  

 

 

Nama : Ahmad Hazizul Bin Abu Bakar

Lokasi :Pusat Intenet Taman Saujana Utama

Umur: 37 tahun

Pekerjaan: Usahawan

Taraf Pendidikan: Sekolah Menengah

 

Encik Ahmad Hazizul merupakan seorang usahawan muda sepenuh masa yang menjalankan aktiviti perniagaan makanan secara penghantaran (COD). Perniagaan makanan yang diusahakan ialah menghasilkan Roti Arbak Gril Generasi Baru dan dikenali sebagai ROTI STATION.

 

1. Apakah pandangan pertama anda terhadap PI?

 Pandangan pertama saya PI1M ialah pada mulanya saya memang tidak tahu tentang kewujudan PI. Saya juga tidak tahu berkenaan fungsi dan perkhidmatan yang ada di PI.

 

2. Apakah tarikan utama anda untuk datang dan menggunakan kemudahan di PI?

Kelas keusahawan dan ICT serta program yang melibatkan bakal usahawan , usahawan dan komuniti.

 

3.Bagaimanakah cara PI dapat membantu bagi mencapai kejayaan individu/kumpulan lain?

 Pada pendapat saya, PI hendaklah meluaskan dan mengembangkan  fungsi dan perkhidmatan yang sedang ada. 

 

   

   

 KISAH KEJAYAAN CELIK ICT JUN 2016 

Nama : Norkaisah Khadijah

Lokasi :Pusat Intenet Taman Saujana Utama

Umur: 10 tahun

Pekerjaan: Pelajar Sekolah Rendah

Taraf Pendidikan: Sekolah Rendah

 

 Kisah kejayaan NurKaisah Khadijah.

1. Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda, sila huraikan cerita anda.

Saya menggunakan internet untuk meneroka pelbagai maklumat di internet. Dari situ, saya dapat belajar untuk menggunakan kemudahan ICT dengan lebih mudah dan yakin

 

2. Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet.

Saya lebih berani untuk menggunakan internet untuk mencari maklumat dengan betul untuk persiapan kerja khusus disekolah kelak.Selepas saya mengikuti kelas asas komputer di PI, saya lebih yakin untuk menggunakan fungsi komputer dan internet

Gambar adik Kaisah Khadijah sedang mengikuti Kelas ICT untuk modul pengenalan komputer , pengenalan Internet , fungsi keyborad dan penggunaan Email.

 

 

Nama : Farah Khalida Binti Khalid 

Lokasi :Pusat Intenet Taman Saujana Utama

Umur: 21 tahun 

Pekerjaan: Usahawan

Taraf Pendidikan: Sekolah Menengah 

Cik Farah Khalidah merupakan usahawan muda sepenuh masa menjalankan aktiviti perniagaan pengurusan majlis dan acara yang dijalankan ialah kumpulan marhaban, nasyid, artis tempatan, badut, silap mata dll khusus untuk majlis perkahwinan, cukur jambul, berendoi,bertahnik .Yahanana Event Management merupakan nama perniagaan beliau.

 

1. Apakah pandangan pertama anda terhadap PI?

Pandangan pertama saya PI ialah cyber café dan hanya untuk melayari internet dan kemudahan perkhidmatan yang biasa.

 

2. Apakah tarikan utama anda untuk datang dan menggunakan kemudahan di PI?

Kelas keusahawanan dan ICT yang ada membuatkan saya tertarik untuk menjadi ahli PI.

 

3.Bagaimanakah cara PI dapat membantu bagi mencapai kejayaan individu/kumpulan lain?

Pada pendapat saya, PI hendaklah menggunakan pendekatan seperti kerjasama dengan agensi lain contohnya dengan MDEC seperti yang dilakukan sekarang ini. Ini membuka peluang kepada individu / kumpulan lain mencapai kejayaan