Nama

Lokasi

Umur

Pekerjaan

Taraf Pendidikan

:

:

:

:

:

Mohd Fadzleen Bin Shamsuddin

Pusat Intenet Taman Saujana Utama

46 tahun

Usahawan

Sekolah Menengah

 

Latar Belakang

Bermula dengan hanya berniaga di pasar maam dengan menjual makanan yang merupakan perniagaan warisan keluarga. Setelah 13 tahun mengumpul modal beliau mencuba untuk ceburi bidang perniagaan yang lebih besar dari sebelumnya.

 

Sebelum Penggunaan/Penglibatan ICT

Sebelum penggunaan ICT, iaitu tanpa penggunaan sebaran media sosial pendapatan beliau hanya sekitar RM200-300 sahaja sebulan yang hanya mampu mengembalikan nilai modal sahaja.

 

Selepas Penggunaan/Penglibatan ICT

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oelh Pusat Internet Taman Saujana Utama, beliau kini mempunyai laman sosial yang menjadi punca kepada pengenalan perniagaan yang lebih meluas ke seluruh negara. Pendapatn juga bertambah hingga RM5000-RM10000 sebulan.

 

 

Nama

Lokasi

Umur

Pekerjaan

Taraf Pendidikan

:

:

:

:

:

Nur Adibah Afiqah Binti Mohd Hasri

Pusat Intenet Taman Saujana Utama

26 tahun

Usahawan

Diploma

 

Latar Belakang

Bermulanya titik permulaan perniagaan beliau adalah apabila kek buatan beliau mendapat pujian daripada tetamu yang menghadiri ke rumah terbukanya dan kemudiannya kek beliau mula mendapat tempahan dari saudara, jiran terdekat dan rakan-rakannya. Setelah itu beliau mula 'melangkah setapak' dengan mula memperkenalkan jenama Dvsweet kepada orang ramai dengan menyewa tapak gerai di festival-festival yang di adakan di kampus dan beberapa tempat yang lain. Kini beliau mula menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap perniagaannya dengan mengambil tempahan secara atas talian dan turut membuat penghantaran.

 

Sebelum Penggunaan/Penglibatan ICT

Sebelum penggunaan ICT, iaitu tanpa penggunaan sebaran media sosial pendapatan beliau hanya sekitar RM200-300 sahaja sebulan yang hanya mampu mengembalikan nilai modal sahaja. Jumlah tempahan yang diambil dalam sebulan hanya 20 ke 30 tempahan sahaja.

 

Selepas Penggunaan/Penglibatan ICT

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oelh Pusat Internet 1Malaysia Taman Saujana Utama, beliau kini lebih mengetahui tentang penggunaan lebih dalam Facebook dan Instagram. Pelanggan beliau kini tidak hanya tertumpu pada yang terdekat dan yang dikenali sahaja malah lebih ramai yang mengetahui mengenai perniagaan beliau. Momentum daripada penggunaan media sosial dan bantuan ICT, pendapatan bulanan beliau kini mencecah hampir RM600 ke RM800 sebulan.

 

 

Nama : Adnan Bin Endut

Lokasi : Pusat Intenet Taman Saujana Utama

Umur: 54 tahun

Pekerjaan: Usahawan

Taraf Pendidikan: Sekolah Menengah

 

Encik Adnan merupakan usahawan yang sepenuh masa menjual satay. Terdapat 3 jenis tempahan satay yang disediakan dalam perniagaan satay Encik Adnan iaitu:- Satay yang dijual di restoran beliau pada waktu malam yang dibakar dan siap dimakan Satay yang ditempah untuk kenduri atau majlis Satay sejuk beku yang hanya perlu di masukkan ke dalam microwave untuk dipanaskan dan siap untuk dimakan

 

1. Apakah pandangan pertama anda terhadap PI?

Sebuah tempat yang menyediakan pelbagai kelas untuk membantu usahawan tempatan

 

2. Apakah tarikan utama anda untuk datang dan menggunakan kemudahan di PI?

Tarikan utama di sini adalah selain daripada kemudahan yang pelbagai, saya juga turut dibantu oleh petugas disini jika saya memerlukan bantuan dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan penggunaan internet.

 

3.Bagaimanakah cara PI dapat membantu bagi mencapai kejayaan individu/kumpulan lain?

Pusat Internet dapat membantu dengan mengadakan lebih banyak kelas keusahawanan untuk penduduk-penduduk tempatan.

 

    

  

  

Nama

Lokasi

Umur

Pekerjaan

Taraf Pendidikan

:

:

:

:

:

 Mohd. Adam bin Mohd. Razali

Pusat Intenet Taman Saujana Utama

34 tahun

Usahawan

Sarjana Muda

 

Encik Adam mempunyai sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan Servis & Produk yang berasaskan teknologi terkini seperti sistem pembangunan WIFI Hotspot pemasangan CCTV, barangan elektronik dan sebagainya. Beliau bermula dengan berniaga di Car Boot Sales Saujana Utama secara offline dan mula aktif dalam perniagaan online setelah mengikuti kursus E-Usahawan MDEC pada awal tahun 2016. Beliau menyertai sebuah NGO Perdasama Daerah Kuala Selangor dan menjawat jawatan Ketua Pemuda Perdasama Kuala Selangor.

 

1. Apakah pandangan pertama anda terhadap PI?

Sebuah tempat yang menyediakan kemudahan pc dengan internet kepada masyarakat tempatan

 

2. Apakah tarikan utama anda untuk datang dan menggunakan kemudahan di PI?

Tarikan utama di sini adalah kemudahan ruang pembelajaran/kursus yang disertakan dengan PC dan internet berkelajuan tinggi untuk saya gunakan untuk membuat kursus usahawan.

 

3.Bagaimanakah cara PI dapat membantu bagi mencapai kejayaan individu/kumpulan lain?

Dengan adanya kemudahan sistem komputer yang terbaru & kelajuan internet yang berkelajuan tinggi dapat membantu perniagaan online dengan mudah. Video tentang perniagaan saya menjadi viral melalui Pi

 

 

   

Nama : Mohamad Rosli Bin Masiran

Lokasi : Pusat Intenet Taman Saujana Utama

Umur: 52 tahun

Pekerjaan: Usahawan

Taraf Pendidikan: Sekolah Menengah

 

Encik Rosli mula menimba pengalaman dengan bekerja di kedai makan sebelum mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan sendiri

 

1. Apakah pandangan pertama anda terhadap PI?

Sebuah tempat untuk melayari internet

 

2. Apakah tarikan utama anda untuk datang dan menggunakan kemudahan di PI?

Selepas berdaftar menjadi ahli saya diterangkan bahawa terdapat juga kelas keusahawanan di sini.

 

3. Bagaimanakah cara PI dapat membantu bagi mencapai kejayaan individu/kumpulan lain?

Pusat Internet dapat membantu dengan cara aplikasi yang telah ada sekarang iaitu MyShop.