USAHAWAN KECIL FARAH DECORATION

Nama : Farahnini Binti Khazari
Umur : 40 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Pada mulanya perniagaan Puan Farah ini dijalankan sejak tahun 2002 secara sambilan memandangkan beliau mempunyai kerja tetap yang lain. Tetapi bermula dari tahun 2012 beliau mengambil keputusan untuk bergiat aktif dan membuat perniagaan ini secara sepenuh masa memandangkan semakin banyak tempahan yang diperolehi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar Rm3000 sahaja sebulan. Ini bergantung kepada musim perayaan yang mana mempunyai lebih banyak tempahan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas yang dianjurkan seperti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Saujana Utama, beliau kini telah memiliki laman media social sendiri seperti Facebook dan Instagram yang dapat mempromosikan perkhidmatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM5000-Rm7000 sebulan.

 

 

USAHAWAN KECIL MOBILE SPA

Nama : Ernawati Mohtar
Umur : 36 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Beliau pada mulanya berkerja makan gaji dan berhenti berkerja untuk menjaga orang tuanya dan anak-anaknya. Tidak lama kemudian beliau mula mengambil upah menjadi jurumekap pengantin kenalan terdekat dan upah servis urutan dari rakan dan jiran tetangga. Kemudian beliau memperluaskan servis yang sedia ada dengan menawarkan servis urutan pantang dan bertungku. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Ernawati menjalankan perniagaan servis Mobile Spa beliau tanpa penggunaan sebarang media sosial untuk mempromosikan servisnya kerana tidak tahu cara yang betul melakukannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari servis beliau hanya diketahui oleh rakan dan jiran terdekat, beliau mula mencari cara untuk memperluaskan kitaran pelanggan dan terjumpa iklan Bengkel Keusahawanan yang dikendalikan oleh MDeC dan terus menyertainya.

Kini beliau lebih dikenali oleh masyarakat setempat dan pendapatan beliau juga turut meningkat 6 kali ganda dari sebelumnya. Selain itu juga beliau turut menyertai kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet Saujana Utama dan menggalakkan anak beliau untuk belajar dengan tenaga pengajar di Pusat Internet ini.

 

 

Nama

Lokasi

Umur

Pekerjaan

Taraf Pendidikan

:

:

:

:

:

Nurul Hazwani Binti Abdul Razak

Pusat Intenet Taman Saujana Utama

35 tahun

Usahawan

Diploma

 

Latar Belakang

Beliau hanya seorang surirumah beberapa tahun lalu dan mula memikirkan cara untuk menambah pendapatan. Lalu beliau mula mengikuti kelas jahitan yang dianjurkan di Pusat Internet. Setelah mula mahir beliau mula mengambil tempahan daripda rakan dan jiran tetangga. Kini beliau mengambil upah menjahit sedikit demi sedikit mengikut kemampuan beliau.

 

Sebelum Penggunaan/Penglibatan ICT

Sebelum penggunaan ICT dengan hanya memperkenalkan perusahaan beliau kepada rakan-rakan hanya sekitar RM300-500 sahaja dengan angganran pelanggan 5 hingga 8 orang sahaja sebulan.

 

Selepas Penggunaan/Penglibatan ICT

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Saujana Utama, beliau kini mempunyai laman sosial yang dapat mempromosi perniagaan beliau. Pendapatn juga bertambah hingga RM700-RM1000 sebulan.

   

BELAJAR MENAIP DAN MENCETAK

Nama

: Safly Zikry Bin Safli Fahmee

Umur : 10 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Adik Safly Zikry atau dikenali sebagai Zikry adalah pengunjung yang setia berkunjung ke Pusat Internet bagi menggunakan Komputer dan selalu menghadiri kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau merupakan seorang pelajar sekolah sekolah rendah. Beliau merupakan anak kedua daripada 4 adik-beradik mudah faham apabila di ajar di dalam sesi pembelajaran yang dianjurkan Pusat Internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet, pengetahuan beliau dalam penggunaan Komputer semakin bertambah dan beliau semakin mahir mnggunakannya.

 

Nama

Lokasi

Umur

Pekerjaan

Taraf Pendidikan

:

:

:

:

:

Mohd Razmi Bin Idris / Ahmin Global

Pusat Intenet Taman Saujana Utama

43 tahun

Usahawan

Sekolah Menengah

 

Latar Belakang

Merupakan seorang bekas pekerja makan gaji berimpian mempunyai perusahaan sendiri lalu beliau menjadikan hobi menternak itik sebagai perniagaan yang serius.

 

Sebelum Penggunaan/Penglibatan ICT

Sebelum penggunaan ICT dengan hanya memperkenalkan perusahaan beliau kepada rakan-rakan hanya sekitar RM500-1000 sahaja sebulan sahaja.

 

Selepas Penggunaan/Penglibatan ICT

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oelh Pusat Internet Taman Saujana Utama, beliau kini mempunyai laman sosial yang menjadi punca kepada pengenalan perniagaan yang lebih meluas ke seluruh negara. Pendapatn juga bertambah hingga RM2000-RM3000 sebulan.