USAHAWAN KECIL CATERING

Nama : Syahida Hanim Zawawi
Umur : 43 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Pada mulanya perniagaan Puan Syahida ini dijalankan sejak tahun 2010 secara sambilan dengan bermula menjual pelbagai jenis pilihan lauk-pauk pada bulan puasa di bazar Ramadhan. Mendapat sambutan dengan jualan setiap kali berniaga, Puan Syahida mula mencari tapak kedai untuk beliau memulakan perniagaan secara serius dan lebih besar lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar Rm1000 sahaja sebulan. Ini bergantung kepada musim perayaan dan musim kenduri.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas yang dianjurkan seperti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Saujana Utama, beliau banyak mempelajari perkara asas yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000-Rm5000 sebulan.

 

 

BELAJAR MENAIP DAN MENCETAK

Nama

: Aryan Iqbal Soon

Umur : 9 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar darjah 2 di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam yang merupakan anak sulung daripada 2 adik-beradik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagai pelajar darjah 2 yang baru ingin mengenal dunia teknologi, beliau mempunyai kemahiran yang kurang dan minimum dalam penggunaan computer. Kesan daripada kemahiran yang tidak mahir ialah beliau kurang mengenal aplikasi di dalam komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aktif dalam menghadiri kelas yang dianjurkan oleh Pusat Inernet Taman Saujana Utama banyak membantu beliau dalam menjadi lebih mahir menggunakan peralatan komputer dan juga aplikasi komputer. Beliau juga sering mengikuti ayah beliau datang ke Pusat Internet Taman Saujana Utama dan menggunakan komputer sekaligus memahirkan lagi kemahiran penggunaan komputer beliau. Hanya pertolongan yang minima diperlukan berbanding sebelumnya apabila beliau ingin menggunakan komputer.

 

USAHAWAN KECIL SHARA HANGER

Nama : Aishah Binti Zulkifli
Umur : 38 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Aishah merupakan lepasan kolej komuniti yang mengambil kursus jahitan. Menjadikan ilmu jahitan yang diperolehi sebagai mata pencarian kini semakin mahir dalam selok belok perniagaan. Beliau yang mengutamakan kualiti dari kuantiti dan juga keselesaan pakaian pelanggan selalu berhati-hati dalam mengambil tempahan baju dari pelanggan supaya tidak melebihi masa yang ditetapkan pelanggan untuk baju siap. Mulai dari 2017, beliau mula mengadakan kelas menjahit dan bayaran yuran yang dikenakan adalah berdasarkan jenis baju yang dipelajari.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah dalam anggaran 5 hingga 10 orang

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas yang dianjurkan seperti kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Saujana Utama, beliau kini telah memiliki Facebook dan Instagram sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1500.

 

 

USAHAWAN KECIL PREMIUM CARBONARA SPRINGROLL

Nama : Aumil Salmah Binti Mahat
Umur : 34 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Aumil merupakan seorang surirumah dan menjalankan perusahaan catering makanan ini secara separuh masa mengikut tempahan yang diterima. Antara menu makanan yang boleh disediakan oleh beliau adalah nasi biryani Johor, kacang pol, ‘chicken oregano rice’ serta ‘chicken chop’ Disamping perusahaan catering yang dijalankan, beliau mempunyai produk sejuk beku beliau sendiri iaitu Premium Carbonara Springroll.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau sebelum mula mengikuti kelas keusahawanan di Pusat Internet hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Taman Saujana Utama, beliau kini telah memiliki media sosial sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan satay beliau. Melalui promosi di media sosial juga pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1000.

 

 

BELAJAR MENAIP DAN MENCETAK

Nama

: Zara Auliya Bt Nazri

Umur : 10 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Adik Zara adalah pengunjung yang selalu menghadiri kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet merupakan anak sulung dari 3 adik beradik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan kelas ICT di Pusat Internet, kemahiran beliau dalam penggunaan komputer adalah kurang serta beberapa aplikasi komputer juga tidak mahir. Kebiasaannya beliau akan meminta tolong daripada ibunya untuk membantunya dalam menggunakan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Saujana Utama, beliau kini mahir dalam menggunakan komputer dan juga beberapa aplikasi komputer yang lainnya. Beliau juga boleh menyiapkan tugasan sekolah dengan pertolongan yang minima tidak seperti yang sebelumnya serta mahir menggunakan ‘search engine’ dalam pencarian bahan bagi tujuan pendidikan.